login member
PERKHIDMATAN
| Senarai Aktiviti |
| AJK Portal |
| Kemudahan |
INTERAKTIF
| Soalan Lazim |
| Maklum Balas |
| Muat Turun |
| Galeri |
| SOALAN-SOALAN LAZIM |
|
|
|
| Ditulis oleh hidayah-pptm |
| Rabu, 24 Jun 2009 15:57 |
|
1. Apakah nama penuh bagi IKBN? IKBN adalah singkatan bagi Institut Kemahiran Belia Negara dan dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia.
2. Apakah konsep latihan yang dijalankan oleh pihak IKBNWT? IKBN menjalankan konsep bersepadu (Integrated Approach). Melalui sistem ini, komponen latihan dijalankan serentak iaitu :- - Latihan Kemahian - Kepimpinan dan Ketatanegaraan - Keagamaan dan Kerohanian - Keusahawanan - Kawad - Sukan dan Reakreasi 3. Apakah syarat – syarat kemasukan ke IKBN? - Warganegara Malaysia - Berusia di antara 18-30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya tamat tingkatan 5. (Keutamaan adalah kepada calon yang lulus Bahasa Melayu, Sains dan Matematik diperingkat SPM/SPMV) - Belum pernah berkahwin - Berbadan sihat - Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah. - Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Kerajaan/Swasta. - Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.
4. Bilakah dan dimanakah sesi pengambilan pelajar IKBN dilakukan? - Pengambilan pelajar diadakan dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai - Iklan pengambilan disiarkan di akhbar-akhbar utama pada bulan Mac dan September. - Permohonan kemasukan dilaksanakan secara ‘online’ dengan melayari laman web Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,www.kbs.gov.my
5. Apakah kursus atau program yang dianjurkan oleh IKBNWT pada hujung minggu? - Program 4Y2U - Program Citra IKBN - Program Citra Ibadah
6. Apakah faedah yang akan diperolehi apabila menyertai kursus / program anjuran IKBNWT? Peserta akan menemui keyakinan diri,displin dan kemahiran mengikut bidang yang dipilih.
7. Adakah pelajar di IKBNWT dilindungi insurans apabila mengikuti kursus atau program di IKBNWT? Pelajar akan dilindungi insurans apabila terdapat kecelakaan/kemalangan semasa mengikuti kursus di IKBNWT.
8. Berapakah yuran yang terpaksa dibayar sepanjang tempoh latihan? Pihak IKBNWT hanya mengenakan sedikit bayaran mengikut kursus yang dipilih.
9. Apakah kelayakan tenaga pengajar ? Tenaga pengajar terdiri dari mereka yang terlatih berkelulusan Ijazah,Diploma dan Sijil Kompetensi mengajar serta mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing.
10. Apakah sijil yang akan diperolehi oleh pelajar institut ini dan adakah ianya diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia? Apabila pelatih telah tamat dengan jayanya mereka akan dianugerahkan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA tahap 1, 2 , 3 & 4 yang dikeluarkan oleh pihak JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran) dan Diploma Teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia. - Sijil tamat latihan oleh Kementerian Belia Dan Sukan - Sijil tamat latihan oleh IKBN Wakaf Tapai. |
| LAST_UPDATED2 |
Pilihan Bahasa
AKTIVITI SEMASA
PERHIMPUNAN BULANAN MEI 2013
TARIKH : 14 MEI 2013 MASA : 7.45 PAGI TEMPAT ; DEWAN BESAR IKBNWT ANJURAN : JABATAN TEKNOLOGI AWAM
PERJUMPAAN BERSAMA YB
TARIKH : 13 MEI 2013 MASA : 4 PETANG TEMPAT : DEWAN SEMINAR IKBNWT
SKIM KEMAHIRAN KERJAYA 1 MALAYSIA 2013
SKK1M akan bermuala pada april-oktober 2013. Kepada mana-mana bekas pelajar yang berminat boleh hubungi Cawangan Hubungan Industri di talian 096802077/78 ( Puan NettyErmy binti Mohamad)



















